Wednesday, 11 July 2012

Merakyatkan Seni Budaya





Di Program Merakyatkan Seni Budaya di Dataran Puteri Menangis Pontian pada 08 Julai 2012, merupakan sebuah program di bawah seliaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Tuesday, 3 July 2012

Program Semarak Johor 2012









Terompah Mastor menerima tawaran untuk menyertai Promosi Kraf Sempena Program Semarak Johor Dun Permas 2012 pada 29 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012 bertempat di Dataran Al-Hamrah,Majlis Perbandaran Pasir Gudang,Johor.Program ini adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Johor.

Tuesday, 19 June 2012

PRODUK TERBARU



Produk terbaru daripada Terompah Mastor. Letakkan tapak kaki anda dan ianya menjadi satu kenangan pengabadian untuk anak cucu anda pada 10 tahun akan datang :)

HARGA BORONG


DAPATKAN SEKARANG UNTUK HARGA PEMBORONG!!
JADILAH PENGEDAR KAMI SEKARANG!!!

Sunday, 17 June 2012

Terompah Berkembang

Assalamualaikum dan selamat pagi.Semoga diberkati selalu.

Pihak kami sedang berusaha untuk mempelbagaikan hasil produk kami.Produk kami tidak tertumpu pada satu produk sahaja yang mana sebelum ini produk kami tertumpu pada pengeluaran Terompah Mastor yang menjadi kegunaan harian dan cenderahati.Perusahaan sebuah Galeri Terompah dan menjadi tempat tumpuan pelanggan kami telah terlaksana.Kami juga sentiasa mengikuti expo dan karnival dibawah Kraftangan Johor.Alhamdullilah,setiap bulan kami sentiasa mengadakan promosi dengan mengikuti expo dan karnival tertentu.Production kami juga telah berjaya untuk membawa Tarian Terompah ke hadapan dengan mempersembahkan di hadapan Tuanku Sultan Johor ketika KMJ 2012 dan pada Majlis Perasmian Galeri Terompah.Kami sentiasa mencari peluang dan memanfaatkan peluang yang diberi sebaik mungkin untuk mancari tempat dihati pelanggan kami.Harapan kami adalah untuk menjadikan terompah salah satu produk Johor.