Sunday 25 March 2012

Terompah Mastor di Promosi Kraf Malaysia 2011







Peluang untuk mempromosi kraf Terompah Mastor di Promosi Kraf Malaysia 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Terompah Mastor ke Media Cetak










Memperluaskan seni pembuatan Terompah Mastor. Mula mencari tapak, bermula di media cetak.

Friday 23 March 2012

Available Size

Jangan tunggu lagi! Dapatkan sekarang.

Terompah Mastor Diperkenan




Bila Tuanku perkenan, Insyallah kami akan terus mencari tempat dan mengekalkan tradisi warisan serta kenangan untuk generasi akan datang bahkan menjadi produk yang boleh diadaptasikan sebagai nilai sejarah warisan Melayu.
- Terima Kasih Tuanku-

Dapatkan Sekarang!

TEROMPAH MASTOR boleh didapati dengan pelbagai variasi warna, design, corak dan rekabentuk. Sungguh menarik dan unik. Penghantaran adalah percuma! 
Jom order sekarang :D

Berminat tapi Bagaimana nak Order?

Jika anda berminat boleh terus menghubungi kami melalui Facebook atau terus on call :)


Harga Sepasang
*Semenanjung Malaysia - RM 45
*Sabah/Sarawak - RM 50
-Penghantaran PERCUMA
*Penghantaran dalam masa 3 hari bekerja
*Mengandungi Kotak Khas/Terompah/Alat Penyangkut(aksesori)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 012-7957256 atau 012-7798346
**Bank in kan duit tempahan anda di 01040124859522 (CIMB BANK) MAHANI BINTI MASUAN

Thursday 22 March 2012

Packaging yang Menarik

Akan sampai kepada pelanggan packaging yang menarik, padat dengan informasi dan packaging mudah dibawa. Kami juga menjanjikan terompah yang pelanggan tempah akan sampai dalam keadaan yang baik. Kos penghantaran percuma! :)






Size Dari Kanak kanak Hingga Dewasa


Assalamualaikum. Size Terompah Mastor boleh didapati untuk semua peringkat umur dari kanak kanak, remaja hingga peringkat dewasa. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan mengikut kesesuaian design :)
Sebarang tempahan boleh terus menghubungi kami atau meninggalkan pesanan dilaman facebook kami. Thankyou.

Variasi Warna yang Menarik

Variasi warna yang menarik dengan kombinasi corak atau design yang cantik menambahkan lagi keunikkan dan  kreatifiti Terompah Mastor dalam seni pembuatan terompah. Antara variasi warna yang kami tawarkan adalah :





Kepelbagaian Bentuk

Kami mempunyai kepelbagaian jenis bentuk terompah yang ditawarkan. Antara jenis bentuk Terompah Mastor yang mendapat tempat, dihati pelanggan adalah :






Sebarang tempahan yang ingin dibuat boleh mengunjungi laman sosial Facebook Mastor Terompah atau terus menghubungi kami.

Wednesday 21 March 2012

Monday 19 March 2012

Reka Bentuk dan Harga


SALES PRICE



AGENT PRICE




Profile Ringkas

Tray Advertising & Trading Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk  pengiklanan. Syarikat ini juga mengeluarkan produk berbentuk Cenderahati dan Kraftangan untuk pengeluaran komersial seperti Terompah, Lastik, Replika dan Cenderahati daripada bahan Upih Pinang.

Atas usaha pengkomersialan, TASB telah mengkelompokkan produk Kraftangan di bawah penjenamaan Mastor Wooden Arts sebagai cabang pengkhususan untuk produk kraf.

Ia mula diusahakan setahun yang lalu di bengkel berkeluasan 3 meter x 10 meter di Kg. Parit Hassan, Simpang Renggam, Kluang Johor. Dengan peralatan dan kelengkapan yang menggunakan separa mesin dan juga manual, tempahan keluaran Mastor Wooden Arts ini telah dijual dilaman internet dan mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan.

Keunikan produk ini adalah untuk mengekalkan tradisi warisan serta kenangan untuk generasi akan datang bahkan menjadi produk yang boleh diadaptasikan sebagai nilai sejarah warisan Melayu.

Bila Tuanku Sultan Menyuntik Semangat


Baginda Tuanku Sultan Johor, sangat teliti dan berminat akan seni pembuatan terompah.Biarpun terompah adalah salah satu alas kaki daripada kayu yang mudah buatan nya dan murah harganya.Baginda Sultan mahuukan agar pembuatan terompah itu dijadikan sebagai salah satu hasil SeniKraf yang bermutu tinggi dan bernilai di segi komersial.

Baginda Sultan Johor juga adalah seorang yang meminati seni,terutama yang berhubung dengan seni kayu.Baginda Sultan Johor berkenan untuk menggunakan Terompah Kayu sebagai sebahagia alas kaki Baginda di dalam Istananya, terutama untuk kegunaan dalam bilik air Baginda.



Baginda Sultan Johor sangat menghargai setiap barangan yang dimilikinya walaupun murah harganya.Baginda Sultan Johor merekabentuk sendiri terompah kegemaran Baginda.



Baginda Sultan Johor juga berkenan untuk menggunakan Terompah sewaktu percutian Baginda di luar negara (Argentina).Baginda Sultan telah membawa beberapa pasang terompah kesana.

Terompah Pertama Beliau


Ilham Pertama Beliau - Terompah Pertama Ku

Tak sengaja datang dalam ingatan nostalgia lama, saat saya memandu di Lebuh Raya Utara Selatan, dari Johor Bahru menuju ke Yong Peng.Niat untuk melawat ladang tanaman di Kg Amarto.Di hujung minggu begitu memang saat menyenangkan untuk berpergian keluar kota. Meninggalkan kesibukkan bandar dan juga tugas rutin harian.Sememangnya sering dalam jadual dua atau tiga minggu sekali saya akan mengunjungi ladang tanaman kelapa sawit yang saya usahakan di Kampung Amarto.Saja Meninjau-ninjau juga bertanya kabar kepada pekerja yang menjaga ladang tersebut.

Pemandangan hijau di kiri kanan di laluan luas terbentang jajaran lebuh raya sebagai tulang belakang negara Malaysia ini.Hamparan biru terbentang pemandangan gunung ganang sayup mata memandang.

Terasa saya ini sangat beruntung dan bersyukur menjadi penghuni negara aman seperti Malaysia. Bebas dan nyaman dimana-mana, tak sama dengan kaedaannya di negara luar yang saya dengar berita dan gambarnya di television atau surat kabar.Terima kasih saya kepada pemimpin2 negara yang bekerja keras berusaha untuk membangun dan mentadbir negara ini dengan baik dan jayanya.Pembinaan Lebuh raya ini juga sebagai satu kemudahan hubungan darat yang pantas dan selesa.Tentunya keputusan yang dibuat oleh pemimpin2 kita untuk membina lebuhraya ini tepat pada masanya dan untuk kebaikkan rakyat semua.


Lanskap yang diatur sepanjang lebuhraya ini bagitu kemas dan terselenggara dengan baik.Selain papantanda pemberitahuan dan amaran yang dipasang,terdapat juga dengan banyaknya papantanda komersial terpacak dimana-mana ruang pandangan. Pihak pengurusan juga nampaknya menanam pokok jati sebagai tanaman jangka panjang yang bolih diraih hasilnya bila cukup tempoh matang.




 Nampak lusuh tapi Ilham pertama sangat berharga

Terpandang sekumpulan pekerja syarikat kontraktor pembersihan sedang menebang pokok2 kayu jati di sepanjang lebuh raya ini.Belum cukup matang saya kira pokok ini untuk dituai hasil kayunya.Tapi kenapa agaknya pokok jati yang bermutu tinggi ini ditebang sedangkan ianya ditanam untuk tujuan jangka panjang. Melihat cara penebangan yang dilakukan olih pekerja2 kontraktor tesebut kaedah penebangan itu seolah tindak pemusnahan bukan penebangan penuaian sebagaimana sepatutnya.Saiz pokok jati yang ditebang itu pun masih bersaiz kecil, lebihkurang 4 hinggan 6 inchi garis pusat.Sedangkan kalau mengikut saiz kayu yang ditebang seperti kayu balak yang terdapat dalam hutan, tentunya saiz yang saya lihat tak kurang 12 inchi keatas sebagaimana yang diangkut olih lori2 balak yang lalu lalang di laluan2 lebuh raya ini.

Sengaja memberhentikan kenderaan di tepi laluan kecemasan sambil bertanyakan kepada pekerja kontraktor yang sedang melakukan kerja penebangan dan pembersihan di situ.Kenapa pokok yang ditanam dengan perancangan jangka panjang ini ditebang sebelum sampai masanya.

Pokok2 jati ini tidak ditebang dan dibuang semua.Jajaran barisan pertama dan kedua dimana kedudukkan nya sangat menghampiri laluan.Pokok2 itulah yang dibuang dan ditebang supaya tidak menggangu laluan dan keselamatan kenderaan bila pokok ini mencapai saiz matang sebenar nanti.Kedudukkan tanaman yang sangat hampir dengan laluan dikhuatiri membahayakan pengguna2 lebuhraya.Kenapa dulu semasa menanam pokok ini tidak diambil kira kaedaan ini.Bukankah kos anak benih,upah menanam,baja penjagaan dan penyelenggaran telah banyak dikeluarkan.Belum termasuk kos upah melantik kontraktor membuat kerja2 penebangan akibat kesilapan perancangan seperti ini.

Melihat kaedaan sedemikian terasa sayang akan pokok kayu jati di tebang dan dipotong bagitu rupa.Sesetengah nya terdapat saiz yang sudah lebih dari 6 inchi hingga 10 inchi garis pusatnya.Dan penjelasan dari penyelia yang mengawasi pekerja2 kontraktor tersebut, kayu2 jati yang belum cukup matang ini hanya bolih dijual kepada peraih2 kayu dengan harga rendah dan kegunaannya cuma untuk dijadikan kayu dibuat palet2 atau diproses di buat serbuk untuk kegunaan perabut.

Sebelum beredar saya memohon untuk mengambil sebahagian potongan kayu jati untuk saya bawa balik.Manalah tau ada sesuatu yang boleh saya olah kayu ini menjadi barangan yang berharga.Memang saya ini berminat akan kerja2 pertukangan kayu.Panjang potongan kayu jati yang saya ambil itu kira-kira 3 kaki panjang dengan garis pusatnya 4 inchi.

Menyambung pemanduan di lebuhraya menuju ladang tanaman di Kampung Amnarto Yong Peng,timbul dipikiran saya nanti bila kayu ini kering saya akan buat Lastik dan Terompah.

Yang pertama akan menjadi lebih baik

3 bulan kemudian bila saya terpandang akan potongan kayu jati yang saya simpan dalam setor dirumah, saya segera teringat akan niat saya pada kayu jati yang saya bawa balik itu.Benar2 sudah kelihatan kering kayunya dan nampak retak pada bahagian luar kayu jati tersebut.Maka mulalah saya belah dan memulakan proses membuat Terompah, sementara bahagian potongan yang kecil saya jadikan lastik. Saya impikan beberapa pasang Terompah untuk saya pakai dirumah dan Ingin membuat Lastik cantik, lebih cantik daripada lastik buatan saya sewaktu kecil2 dulu.Kali ini bukan untuk melastik burung atau tupai tapi saya akan buat lastik yang cantik untuk di simpan buat kenangan. Dan yang tercantik sekali akan saya hadiahkan pada Sultan untuk menceritakan kepada Tuanku bahawa rata2 kanak-kanak kampung seusia saya dulu, Lastik lah mainan nya selain mainan lain yang kebanyakkan dicipta sendiri.

Saya bentukkan terompah itu menurut rekabentuk selipar biasa,tebal tapaknya 30 cm, rata dari hujung jari sampai ketumit.Pengikat kaki atau penyendal nya dibuat dari bahan kulit yang saya perolihi daripada arwah kawan saya yang mengusahakan barangan kulit di Parit Botak, Air HItam.Saya menggunakan paku payung jenis kuning untuk melekatkan penyendal kaki pada badan terompah tersebut.Tanpa menggunakan sebarang jenis cat untuk mewarnakan terompah itu.2 pasang terompah saya siapkan dari kayu jati yang saya perolih itu selama 3 jam.Maka mulalah saya memperagakan terompah itu dirumah.Dan satu tanda pengenalan,sekiranya bunyi terompah kedengaran dirumah,bermakna saya ada dirumah pada masa itu.


Ditulis olih,
MASTOR TUAH
Selasa 22hb Mac 2011
 

Friday 16 March 2012

Dari Rakyat kepada Sultan

 

Tidaklah digelar HADIAH UNTUK TUANKU kalau bukan sesuatu yang hebat, pelik dan luarbiasa. Hebat bukan kerana mahal harganya, pelik bukan kerana ianya barang langka, luarbiasa bukan kerana tidak ada dibuat dimana mana tetapi kerana TEROMPAH itu namanya.

 

 
Untuk Tuanku

 

Namanya saja sudah menjadi igauan minda, bahawa terompah adalah barang kelas rendah dan sangat murah harganya, dan boleh mendapatnya dimana mana. Namun kerana terompahlah asal usul mulanya manusia belajar mengalas kaki dari luka terpijak duri atau barang tajam. Maka sesuatu tafsiran rendah tidak mengangkat sesuatu itu menjadi tinggi, melainkan tafsiran dari minda yang tinggilah akan mengangkat nilai tingginya barangan itu.

 

 
Selamat Hari Keputeraan Tuanku

 

Sempena ulangtahun keputeraan DYMM Sultan Johor yang ke 52,Terompah diperkirakan sebagai hadiah murah tapi mahal dari seorang rakyat kepada Sultan kebanggaannya. Baginda berkenan kerana belum pernah dalam hidupnya hadiah sedemikian menjadi persembahan, sembah hadiah berupa kembang2an dari kebanyakkan orang akan layu dan cuma sedikit waktu bertahan. Terompah menjadi barang simpanan yang tahan lama tetap bertahan selagi ianya tidak dibuang.

 

 
Simbul Unik dari Seorang Rakyat

 

Simbul unik dari rakyat kebanyakkan untuk seorang Sultan yang bijak dan penuh kewibawaan. Melayan rakyat, Baginda itu senang, Rakyat dekat dihati , memandang sayang.

Terompah Kontemporari

TEROMPAH KOMTEMPORARI
V E R S I   J A W A   K L A S I K

Terompah Buatan Beliau

Beliau - En. Giman @ Masuan Bin Wakiran

Di Simpang Rengam,Kluang, Johor, seorang Bangsa Melayu berketurunan Jawa.En Giman @ Masuan Bin wakiran telah mengusahakan dan membangunkan semula senikraf  terompah kayu ini  bagi menghidupkan semula budaya  seni dan seri pemakaian terompah ini.Beliau seorang Adiguru dalam penghasilan seni Kraftangan terompah sejak beberapa tahun lalu.

Beliau masih mengekalkan bentuk tradisi terompah tersebut dan ada juga yang diubah suai mengikut  rekabentuk rekaan beliau sendiri, namun masih mengekalkan konsep penggunaan terompah.

Pelbagai pilihan warna dan variasi

Terompah buatan beliau diperbuat dari bahan  kayu tempatan seperti kayu getah, kayu durian, kayu jati, kayu pulai dan kayu pine yang dimport.Pengeluaran terompahnya agak unik dan kelainan dari penampilan motif corak yang diterap pada terompah tersebut.Permukaan tapak terompah dipenuhi dengan motif corak pelbagai, seperti batik, bunga, dedaun serta hidupan.

Bahan kulit, pvc, fabrik digunakan sebagai penyendal kaki. Diatasnya  dihiasi aksesori seperti bunga dengan warna-warna mengikut padanan permukaan terompah tersebut. Selain corak-corak diatas yang kebanyakkan nya berkonsepkan Tradisi Jawa, selain itu ada juga versi terompah yang dikeluarkan dalam corak bertemakan hobi dan minat pengguna. Seperti Motosikal Klasik, Skuter,Kereta Klasik, Kereta Antik dan lain-lain.

Cap Dagangan MASTOR

Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah keluaran beliau juga sesuai digunakan sebagai hantaran perkahwinan,hadiah,cenderhati,kelengkapan dekorasi rumah,ruang santai dan objek nostalgia yang unik dan menarik. Jenama yang digunakan untuk barangan senikraf terompah beliau ini ialah menggunakan cap dagangan MASTOR.

Sejarah Terompah

 
Di Malaysia Terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik, kerana selipar atau alas kaki yang di perbuat dari kayu ini sangat sinonem dengan semua masyarakat majmok dan kebanyakkan di Negara ini sejak ratusan dulu.Masarakat Melayu, Cina, Baba Nyonya, India dan lain2 sangat mengenali terompah ini sebagai pilihan alas kaki yang murah dan praktikal.Budaya memakai Terompah di Malaysia ini bermula pada abad ke 17, iaitu sejak Bangsa Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa Portugis pada tahun 1641.

Pada abad ke 16 (1511),Sewaktu Bangsa Belanda mengadakan hubungan dagang dengan Johor dibeberapa pelabuhan yang menjadi pusat pemerentahan seperti,di Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Tinggi, Kota Batu Sawar, dan Kota Panchor, barang dagangan Belanda bukan sahaja terdiri dari bahan tembikar, tektil, senjata malah Terompah Belanda turut dibawa sebagai barang dagangan.

Pada masa ini terompah telah menjadi nostalgia pemakaian, yang Cuma tinggal dalam kenangan disebabkan banyak rekaan dan pilihan bahan yang bolih diguna sebagai alas kaki.


Di Johor Malaysia seorang Adiguru Terompah (MASTOR) telah membangun semula terompah kayu ini melalui sentuhan seni kreatif nya dengan rekabentuk dan corak pelbagai.Diperbuat dari bahan kayu getah, kayu durian,kayu jati,kayu pulai dan juga kayu pine yang di import. Rekaan corak pada permukaan tapak terompah dipenuhi dengan corak pelbagai seperti batik, bunga. Dedaun tumbuhan dan juga hidupan.Bahan kulit,pvc,fabrik diguna sebagai penyendal kaki, diatasnya dihiasi aksesori seperti bunga dan manik dengan warna-warna padanan.

Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah penghasilan baru ini juga sesuai digunakan sebagai hadiah cenderahati,kelengkapan dekorasi rumah, ruang santai dan objek-objek nostalgia yang unik dan menarik.SeniKraf terompah penghasilan baru ini dikenali sebagai Terompah MASTOR.

Terompah MASTOR dengan variasi ceria dan elegen,Kelasik dipakai, menawan pandangan menghias ruang, mengamit kenangan.