Sunday, 15 April 2012

Tarian Terompah

     Tarian Terompah merupakan salah satu daripada tarian yang digarap daripada kehidupan sehariaan masyarakat lama. Ianya diadaptasi daripada pergerakan kaki yang menggunakan terompah sebagai pengalas kaki pada suatu ketika dahulu sebelum penggunaan selipar dikalangan masyarakat rakyat tempatan. Jika diimbas dalam aspek sejarah, pemakaian terompah di tanah melayu bermula sejak kedatangan Belanda pada abad ke-17, sejak bangsa Belanda mengambil alih Melaka dari kuasa Portugis pada tahun 1961. Belanda pernah mewujudkan hubungan dagangan dengan negari Johor di beberapa pelabuhan yang menjadi pusat pemerintahan seperti Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Tinggi, Kota Batu Sawar dan Kota Panchor. Terompah merupakan salah satu daripada barang dagangan yang dibawa masuk ke negeri Johor oleh orang - orang Belanda.


     Berdasarkan daripada cara pemakaian terompah pada masa dahulu, ianya dijadikan suatu pergerakan yang mengeluarkan bunyi dengan hentakan kaki si pemakai. Hentakan - hentakan yang dihasilkan daripada pergerakan membawa maksud yang tersendiri. Pada zaman dahulu penggunaan terompah dikalangan masyarakat tempatan amat sinonim dengan pengerakan seharian seperti berjalan ke pasar, kenduri kahwin, ke sungai, bilik air, masjid atau surau dan pelbagai lagi yang melibatkan aktiviti luar rumah.




Idea asal,
Pengasas Terompah Mastor kerjasama bersama
Tunas Warisan Budaya.

No comments:

Post a Comment