Sunday, 17 June 2012

Terompah Berkembang

Assalamualaikum dan selamat pagi.Semoga diberkati selalu.

Pihak kami sedang berusaha untuk mempelbagaikan hasil produk kami.Produk kami tidak tertumpu pada satu produk sahaja yang mana sebelum ini produk kami tertumpu pada pengeluaran Terompah Mastor yang menjadi kegunaan harian dan cenderahati.Perusahaan sebuah Galeri Terompah dan menjadi tempat tumpuan pelanggan kami telah terlaksana.Kami juga sentiasa mengikuti expo dan karnival dibawah Kraftangan Johor.Alhamdullilah,setiap bulan kami sentiasa mengadakan promosi dengan mengikuti expo dan karnival tertentu.Production kami juga telah berjaya untuk membawa Tarian Terompah ke hadapan dengan mempersembahkan di hadapan Tuanku Sultan Johor ketika KMJ 2012 dan pada Majlis Perasmian Galeri Terompah.Kami sentiasa mencari peluang dan memanfaatkan peluang yang diberi sebaik mungkin untuk mancari tempat dihati pelanggan kami.Harapan kami adalah untuk menjadikan terompah salah satu produk Johor.

No comments:

Post a Comment