Friday 16 March 2012

Terompah Buatan Beliau

Beliau - En. Giman @ Masuan Bin Wakiran

Di Simpang Rengam,Kluang, Johor, seorang Bangsa Melayu berketurunan Jawa.En Giman @ Masuan Bin wakiran telah mengusahakan dan membangunkan semula senikraf  terompah kayu ini  bagi menghidupkan semula budaya  seni dan seri pemakaian terompah ini.Beliau seorang Adiguru dalam penghasilan seni Kraftangan terompah sejak beberapa tahun lalu.

Beliau masih mengekalkan bentuk tradisi terompah tersebut dan ada juga yang diubah suai mengikut  rekabentuk rekaan beliau sendiri, namun masih mengekalkan konsep penggunaan terompah.

Pelbagai pilihan warna dan variasi

Terompah buatan beliau diperbuat dari bahan  kayu tempatan seperti kayu getah, kayu durian, kayu jati, kayu pulai dan kayu pine yang dimport.Pengeluaran terompahnya agak unik dan kelainan dari penampilan motif corak yang diterap pada terompah tersebut.Permukaan tapak terompah dipenuhi dengan motif corak pelbagai, seperti batik, bunga, dedaun serta hidupan.

Bahan kulit, pvc, fabrik digunakan sebagai penyendal kaki. Diatasnya  dihiasi aksesori seperti bunga dengan warna-warna mengikut padanan permukaan terompah tersebut. Selain corak-corak diatas yang kebanyakkan nya berkonsepkan Tradisi Jawa, selain itu ada juga versi terompah yang dikeluarkan dalam corak bertemakan hobi dan minat pengguna. Seperti Motosikal Klasik, Skuter,Kereta Klasik, Kereta Antik dan lain-lain.

Cap Dagangan MASTOR

Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah keluaran beliau juga sesuai digunakan sebagai hantaran perkahwinan,hadiah,cenderhati,kelengkapan dekorasi rumah,ruang santai dan objek nostalgia yang unik dan menarik. Jenama yang digunakan untuk barangan senikraf terompah beliau ini ialah menggunakan cap dagangan MASTOR.

No comments:

Post a Comment