Sunday 10 June 2012

Rentetan Ringkas tentang Tarian Terompah



Terompah Mastor memberi kelainan kepada penggunaan terompah dengan memberi nafas baru dengan mewujudkan/menghasilkan TARIAN TEROMPAH. Atas kreativiti dan hasil idea kreatif  pengasas TEROMPAH MASTOR, dengan kerjasama  TUNAS WARISAN BUDAYA, kami Terompah Mastor mencari kelainan terompah yang mana pada ketika dahulu kedatangan Belanda ke negeri Johor  atas urusan perdagangan, Terompah  merupakan salah satu barang dagangan yang dibawa masuk ke negeri Johor  dan menjadi kegunaan harian rakyat tempatan. Dengan kreativiti rakyat tempatan terompah yang mereka hasilkan pada masa itu mungkin menggunakan kayu dan getah untuk dijadikan alas kaki dan kegunaan harian.  Tujuan Terompah Mastor  adalah untuk menjadikan terompah sebagai salah satu produk negeri Johor yang mempunyai nilai warisan dan sejarahnya tersendiri. Tarian terompah yang kami persembahkan mempunyai jalan cerita yang menceritakan pengunaan terompah pada ketika dahulu dan dipersembahkan dalam sebuah bentuk seni tarian. Dan sekaligus seni tarian ini diangkat sebagai salah satu tarian tradisional negeri Johor selain daripada Zapin Johor. Tarian Terompah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana bunyi yang dihasilkan dari terompah apabila berjalan.  Pengilhaman seni tari terompah tercetus apabila pengasasnya ingin mempelbagaikan seni tari negeri Johor, sepertimana yang kita ketahui Zapin merupakan tarian rasmi negeri Johor. Tarian Terompah mempunyai hubung kaitnya dengan sejarah semasa kedatangan Belanda ke negeri Johor dengan membawa terompah sebagai barang dagangan.

Admin.

No comments:

Post a Comment