Sunday 10 June 2012

TEROMPAH DALAM SEJARAH ISLAM

TEROMPAH MONGGOL

Sebaik Berjaya menakluki Kota Bagdad yang terkenal sebagai pusat tamadun islam pada ketika itu, Gulagu Khan telah mengarahkan kepada Bala Tenteranya supaya semua kepala rakyat, pembesar-pembesar kerajaan, sehinggalah kepala Khalifah(Raja) di Bagdad itu, di penggal lalu di himpunkan di satu tempat untuk di jadikan gunung tengkorak.Lalu dengan sombong dan bongkak nya, Gulagu Khan (Tamarlin) memanjat gunung tengkorak yang di bena dari longgokkn tengkorak manusia, yang di anggarkan berjumlah lapan ratus ribu, malah setengah pendapat mengatakan mencapai bilangan sejuta kepala orang.
Dari puncak gunung tengkorak itu Gulagu Khan telah menyeru dan beramaran kepada semua dan mana-mana Negara islam supaya segera tunduk kepada beliau dan pasukan tenteranya,agar nasib negeri itu tak seperti nasib Kota Bagdad yang telah di tawan nya…Katanya dengan angku.Mana lagi Negara-negara islam yang berani menghalang kemaraan nya, pasti akan hancur di kerjakan nya.Mana-mana Negara islam yang tunduk hendaklah menghantar hadiah, sebagai tanda rela menyerah kalah dan tunduk akan kekuasaan dan kekuatan Pasukan tentera Gulagu Khan.
Terompah berukir dengan wajah ketua kerajaan masing-masing di sembah sebagai hadiah, menandakan kerajaan atau Negara itu tunduk kepada Gulagu Khan.Terompah berukir dengan wajah ketua kerajaan Negara-negara islam itu akan di pakai, dipijak olih Gulagu Khan sebagai symbol kekalahan dan tunduk di bawah penguasaan di tapak kaki Gulagu Khan.
Namun disebalik pemberian hadiah berupa terompah berukir wajah ketua kerajaan masing-masing di sembahkan kepada Gulagu Khan, Seorang Panglima Islam bernama Saifuddin Qustuz telah menghadiahkan sesuatu yang membuatkan Gulagu Khan berpikir bahawa ada lagi, orang yang berani mencabar kehebatan dan kekuasaan nya demi melunaskan cita-citanya untuk terus mara menuju Kota Mekah.Separuh badan manusia milik panglima utusan yang di hantar olih Gulagu Khan, kembali kepada Gulagu Khan yang di tunggangkan di atas kuda olih Saifuddin Qustuz bagi memperotes dan tanda sanggup memerangi Gulagu Khan demi Agama islam yang suci.
Akhirnya Saifuddin Qutuz, Panglima perang islam itu mengempur Bala tentera Gulagul Khan dan ALLAH menghancurkan segalanya,Terompah mengambil tempat dalam sejarah itu iaitu kira2 600 tahun setelah wafatmya Nabi Muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment