Peluang untuk mempromosi kraf Terompah Mastor di Promosi Kraf Malaysia 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Tradisi warisan serta kenangan untuk generasi akan datang dan menjadi produk yang boleh diadaptasikan sebagai nilai sejarah warisan Melayu.
Sunday, 25 March 2012
Friday, 23 March 2012
Terompah Mastor Diperkenan
Bila Tuanku perkenan, Insyallah kami akan terus mencari tempat dan mengekalkan tradisi warisan serta kenangan untuk generasi akan datang
bahkan menjadi produk yang boleh diadaptasikan sebagai nilai sejarah
warisan Melayu.
- Terima Kasih Tuanku-
Dapatkan Sekarang!
TEROMPAH MASTOR boleh didapati dengan pelbagai variasi warna, design, corak dan rekabentuk. Sungguh menarik dan unik. Penghantaran adalah percuma!
Jom order sekarang :D
Berminat tapi Bagaimana nak Order?
Jika anda berminat boleh terus menghubungi kami melalui Facebook atau terus on call :)
Harga Sepasang
*Semenanjung Malaysia - RM 45
*Sabah/Sarawak - RM 50
*Sabah/Sarawak - RM 50
-Penghantaran PERCUMA
*Penghantaran dalam masa 3 hari bekerja
*Mengandungi Kotak Khas/Terompah/Alat Penyangkut(aksesori)
*Mengandungi Kotak Khas/Terompah/Alat Penyangkut(aksesori)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 012-7957256 atau 012-7798346
**Bank in kan duit tempahan anda di 01040124859522 (CIMB BANK) MAHANI BINTI MASUAN
Thursday, 22 March 2012
Packaging yang Menarik
Akan sampai kepada pelanggan packaging yang menarik, padat dengan informasi dan packaging mudah dibawa. Kami juga menjanjikan terompah yang pelanggan tempah akan sampai dalam keadaan yang baik. Kos penghantaran percuma! :)
Size Dari Kanak kanak Hingga Dewasa
Assalamualaikum. Size Terompah Mastor boleh didapati untuk semua peringkat umur dari kanak kanak, remaja hingga peringkat dewasa. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan mengikut kesesuaian design :)
Sebarang tempahan boleh terus menghubungi kami atau meninggalkan pesanan dilaman facebook kami. Thankyou.
Variasi Warna yang Menarik
Variasi warna yang menarik dengan kombinasi corak atau design yang cantik menambahkan lagi keunikkan dan kreatifiti Terompah Mastor dalam seni pembuatan terompah. Antara variasi warna yang kami tawarkan adalah :
Kepelbagaian Bentuk
Kami mempunyai kepelbagaian jenis bentuk terompah yang ditawarkan. Antara jenis bentuk Terompah Mastor yang mendapat tempat, dihati pelanggan adalah :
Sebarang tempahan yang ingin dibuat boleh mengunjungi laman sosial Facebook Mastor Terompah atau terus menghubungi kami.
Wednesday, 21 March 2012
Monday, 19 March 2012
Profile Ringkas
Tray Advertising & Trading Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk pengiklanan. Syarikat ini juga mengeluarkan produk berbentuk Cenderahati dan Kraftangan untuk pengeluaran komersial seperti Terompah, Lastik, Replika dan Cenderahati daripada bahan Upih Pinang.
Atas usaha pengkomersialan, TASB telah mengkelompokkan produk Kraftangan di bawah penjenamaan Mastor Wooden Arts sebagai cabang pengkhususan untuk produk kraf.
Ia mula diusahakan setahun yang lalu di bengkel berkeluasan 3 meter x 10 meter di Kg. Parit Hassan, Simpang Renggam, Kluang Johor. Dengan peralatan dan kelengkapan yang menggunakan separa mesin dan juga manual, tempahan keluaran Mastor Wooden Arts ini telah dijual dilaman internet dan mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan.
Keunikan produk ini adalah untuk mengekalkan tradisi warisan serta kenangan untuk generasi akan datang bahkan menjadi produk yang boleh diadaptasikan sebagai nilai sejarah warisan Melayu.

Bila Tuanku Sultan Menyuntik Semangat
Baginda Tuanku Sultan Johor, sangat teliti dan berminat akan seni
pembuatan terompah.Biarpun terompah adalah salah satu alas kaki daripada
kayu yang mudah buatan nya dan murah harganya.Baginda Sultan mahuukan
agar pembuatan terompah itu dijadikan sebagai salah satu hasil SeniKraf
yang bermutu tinggi dan bernilai di segi komersial.
Baginda Sultan Johor juga adalah seorang yang meminati seni,terutama
yang berhubung dengan seni kayu.Baginda Sultan Johor berkenan untuk
menggunakan Terompah Kayu sebagai sebahagia alas kaki Baginda di dalam
Istananya, terutama untuk kegunaan dalam bilik air Baginda.
Baginda Sultan Johor sangat menghargai setiap barangan yang dimilikinya walaupun murah harganya.Baginda Sultan Johor merekabentuk sendiri terompah kegemaran Baginda.
Baginda Sultan Johor juga berkenan untuk menggunakan Terompah sewaktu
percutian Baginda di luar negara (Argentina).Baginda Sultan telah
membawa beberapa pasang terompah kesana.
Terompah Pertama Beliau
Ilham Pertama Beliau - Terompah Pertama Ku
Pemandangan hijau di kiri kanan di laluan luas terbentang jajaran lebuh
raya sebagai tulang belakang negara Malaysia ini.Hamparan biru
terbentang pemandangan gunung ganang sayup mata memandang.
Terasa saya ini sangat beruntung dan bersyukur menjadi penghuni negara aman seperti Malaysia. Bebas dan nyaman dimana-mana, tak sama dengan kaedaannya di negara luar yang saya dengar berita dan gambarnya di television atau surat kabar.Terima kasih saya kepada pemimpin2 negara yang bekerja keras berusaha untuk membangun dan mentadbir negara ini dengan baik dan jayanya.Pembinaan Lebuh raya ini juga sebagai satu kemudahan hubungan darat yang pantas dan selesa.Tentunya keputusan yang dibuat oleh pemimpin2 kita untuk membina lebuhraya ini tepat pada masanya dan untuk kebaikkan rakyat semua.
Lanskap yang diatur sepanjang lebuhraya ini bagitu kemas dan terselenggara dengan baik.Selain papantanda pemberitahuan dan amaran yang dipasang,terdapat juga dengan banyaknya papantanda komersial terpacak dimana-mana ruang pandangan. Pihak pengurusan juga nampaknya menanam pokok jati sebagai tanaman jangka panjang yang bolih diraih hasilnya bila cukup tempoh matang.

Nampak lusuh tapi Ilham pertama sangat berharga
Sengaja memberhentikan kenderaan di tepi laluan kecemasan sambil
bertanyakan kepada pekerja kontraktor yang sedang melakukan kerja
penebangan dan pembersihan di situ.Kenapa pokok yang ditanam dengan
perancangan jangka panjang ini ditebang sebelum sampai masanya.
Pokok2 jati ini tidak ditebang dan dibuang semua.Jajaran barisan pertama
dan kedua dimana kedudukkan nya sangat menghampiri laluan.Pokok2 itulah yang dibuang dan ditebang supaya tidak menggangu laluan dan
keselamatan kenderaan bila pokok ini mencapai saiz matang sebenar
nanti.Kedudukkan tanaman yang sangat hampir dengan laluan dikhuatiri
membahayakan pengguna2 lebuhraya.Kenapa dulu semasa menanam pokok ini
tidak diambil kira kaedaan ini.Bukankah kos anak benih,upah
menanam,baja penjagaan dan penyelenggaran telah banyak dikeluarkan.Belum termasuk kos upah melantik kontraktor membuat kerja2 penebangan
akibat kesilapan perancangan seperti ini.
Melihat kaedaan sedemikian terasa sayang akan pokok kayu jati di tebang dan dipotong bagitu rupa.Sesetengah nya terdapat saiz yang sudah lebih dari 6 inchi hingga 10 inchi garis pusatnya.Dan penjelasan dari penyelia yang mengawasi pekerja2 kontraktor tersebut, kayu2 jati yang belum cukup matang ini hanya bolih dijual kepada peraih2 kayu dengan harga rendah dan kegunaannya cuma untuk dijadikan kayu dibuat palet2 atau diproses di buat serbuk untuk kegunaan perabut.
Sebelum beredar saya memohon untuk mengambil sebahagian potongan kayu jati untuk saya bawa balik.Manalah tau ada sesuatu yang boleh saya olah kayu ini menjadi barangan yang berharga.Memang saya ini berminat akan kerja2 pertukangan kayu.Panjang potongan kayu jati yang saya ambil itu kira-kira 3 kaki panjang dengan garis pusatnya 4 inchi.
Menyambung pemanduan di lebuhraya menuju ladang tanaman di Kampung Amnarto Yong Peng,timbul dipikiran saya nanti bila kayu ini kering saya akan buat Lastik dan Terompah.

3 bulan kemudian bila saya terpandang akan potongan kayu jati yang saya
simpan dalam setor dirumah, saya segera teringat akan niat saya pada
kayu jati yang saya bawa balik itu.Benar2 sudah kelihatan kering kayunya
dan nampak retak pada bahagian luar kayu jati tersebut.Maka mulalah
saya belah dan memulakan proses membuat Terompah, sementara bahagian
potongan yang kecil saya jadikan lastik. Saya impikan beberapa pasang
Terompah untuk saya pakai dirumah dan Ingin membuat Lastik cantik, lebih
cantik daripada lastik buatan saya sewaktu kecil2 dulu.Kali ini bukan
untuk melastik burung atau tupai tapi saya akan buat lastik yang cantik
untuk di simpan buat kenangan. Dan yang tercantik sekali akan saya
hadiahkan pada Sultan untuk menceritakan kepada Tuanku bahawa rata2
kanak-kanak kampung seusia saya dulu, Lastik lah mainan nya selain
mainan lain yang kebanyakkan dicipta sendiri.
Saya bentukkan terompah itu menurut rekabentuk selipar biasa,tebal tapaknya 30 cm, rata dari hujung jari sampai ketumit.Pengikat kaki atau penyendal nya dibuat dari bahan kulit yang saya perolihi daripada arwah kawan saya yang mengusahakan barangan kulit di Parit Botak, Air HItam.Saya menggunakan paku payung jenis kuning untuk melekatkan penyendal kaki pada badan terompah tersebut.Tanpa menggunakan sebarang jenis cat untuk mewarnakan terompah itu.2 pasang terompah saya siapkan dari kayu jati yang saya perolih itu selama 3 jam.Maka mulalah saya memperagakan terompah itu dirumah.Dan satu tanda pengenalan,sekiranya bunyi terompah kedengaran dirumah,bermakna saya ada dirumah pada masa itu.

Ditulis olih,
MASTOR TUAH
Selasa 22hb Mac 2011
Friday, 16 March 2012
Dari Rakyat kepada Sultan
Tidaklah digelar HADIAH UNTUK TUANKU kalau bukan sesuatu yang hebat, pelik dan luarbiasa. Hebat bukan kerana mahal harganya, pelik bukan kerana ianya barang langka, luarbiasa bukan kerana tidak ada dibuat dimana mana tetapi kerana TEROMPAH itu namanya.
Untuk Tuanku
Namanya saja sudah menjadi igauan minda, bahawa terompah adalah barang kelas rendah dan sangat murah harganya, dan boleh mendapatnya dimana mana. Namun kerana terompahlah asal usul mulanya manusia belajar mengalas kaki dari luka terpijak duri atau barang tajam. Maka sesuatu tafsiran rendah tidak mengangkat sesuatu itu menjadi tinggi, melainkan tafsiran dari minda yang tinggilah akan mengangkat nilai tingginya barangan itu.
Selamat Hari Keputeraan Tuanku
Sempena ulangtahun keputeraan DYMM Sultan Johor yang ke 52,Terompah diperkirakan sebagai hadiah murah tapi mahal dari seorang rakyat kepada Sultan kebanggaannya. Baginda berkenan kerana belum pernah dalam hidupnya hadiah sedemikian menjadi persembahan, sembah hadiah berupa kembang2an dari kebanyakkan orang akan layu dan cuma sedikit waktu bertahan. Terompah menjadi barang simpanan yang tahan lama tetap bertahan selagi ianya tidak dibuang.
Simbul Unik dari Seorang Rakyat
Simbul unik dari rakyat kebanyakkan untuk seorang Sultan yang bijak dan penuh kewibawaan. Melayan rakyat, Baginda itu senang, Rakyat dekat dihati , memandang sayang.
Terompah Buatan Beliau
Beliau - En. Giman @ Masuan Bin Wakiran
Di Simpang Rengam,Kluang, Johor, seorang Bangsa Melayu berketurunan Jawa.En Giman @ Masuan Bin wakiran
telah mengusahakan dan membangunkan semula senikraf terompah kayu ini
bagi menghidupkan semula budaya seni dan seri pemakaian terompah
ini.Beliau seorang Adiguru dalam penghasilan seni Kraftangan terompah
sejak beberapa tahun lalu.
Beliau
masih mengekalkan bentuk tradisi terompah tersebut dan ada juga yang
diubah suai mengikut rekabentuk rekaan beliau sendiri, namun masih
mengekalkan konsep penggunaan terompah.
Pelbagai pilihan warna dan variasi
Terompah buatan beliau diperbuat dari bahan kayu tempatan seperti kayu getah, kayu durian, kayu jati, kayu pulai dan kayu pine
yang dimport.Pengeluaran terompahnya agak unik dan kelainan dari
penampilan motif corak yang diterap pada terompah tersebut.Permukaan
tapak terompah dipenuhi dengan motif corak pelbagai, seperti
batik, bunga, dedaun serta hidupan.
Bahan kulit, pvc, fabrik digunakan sebagai penyendal kaki. Diatasnya
dihiasi aksesori seperti bunga dengan warna-warna mengikut padanan
permukaan terompah tersebut. Selain corak-corak diatas yang kebanyakkan
nya berkonsepkan Tradisi Jawa, selain itu ada juga versi terompah yang
dikeluarkan dalam corak bertemakan hobi dan minat pengguna. Seperti
Motosikal Klasik, Skuter,Kereta Klasik, Kereta Antik dan lain-lain.
Cap Dagangan MASTOR
Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah keluaran beliau juga sesuai
digunakan sebagai hantaran perkahwinan,hadiah,cenderhati,kelengkapan dekorasi rumah,ruang
santai dan objek nostalgia yang unik dan menarik. Jenama yang digunakan
untuk barangan senikraf terompah beliau ini ialah menggunakan cap
dagangan MASTOR.
Sejarah Terompah
Di
Malaysia Terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik, kerana
selipar atau alas kaki yang di perbuat dari kayu ini sangat sinonem
dengan semua masyarakat majmok dan kebanyakkan di Negara ini sejak
ratusan dulu.Masarakat Melayu, Cina, Baba Nyonya, India dan lain2 sangat
mengenali terompah ini sebagai pilihan alas kaki yang murah dan
praktikal.Budaya memakai Terompah di Malaysia ini bermula pada abad ke
17, iaitu sejak Bangsa Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa
Portugis pada tahun 1641.
Pada abad ke 16 (1511),Sewaktu Bangsa Belanda mengadakan hubungan dagang dengan Johor dibeberapa pelabuhan yang menjadi pusat pemerentahan seperti,di Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Tinggi, Kota Batu Sawar, dan Kota Panchor, barang dagangan Belanda bukan sahaja terdiri dari bahan tembikar, tektil, senjata malah Terompah Belanda turut dibawa sebagai barang dagangan.
Pada
masa ini terompah telah menjadi nostalgia pemakaian, yang Cuma tinggal
dalam kenangan disebabkan banyak rekaan dan pilihan bahan yang bolih
diguna sebagai alas kaki.
Di
Johor Malaysia seorang Adiguru Terompah (MASTOR) telah membangun semula
terompah kayu ini melalui sentuhan seni kreatif nya dengan rekabentuk
dan corak pelbagai.Diperbuat dari bahan kayu getah, kayu durian,kayu
jati,kayu pulai dan juga kayu pine yang di import. Rekaan corak pada
permukaan tapak terompah dipenuhi dengan corak pelbagai seperti batik,
bunga. Dedaun tumbuhan dan juga hidupan.Bahan kulit,pvc,fabrik diguna
sebagai penyendal kaki, diatasnya dihiasi aksesori seperti bunga dan
manik dengan warna-warna padanan.
Selain
dipakai untuk kegunaan biasa terompah penghasilan baru ini juga sesuai
digunakan sebagai hadiah cenderahati,kelengkapan dekorasi rumah, ruang
santai dan objek-objek nostalgia yang unik dan menarik.SeniKraf terompah
penghasilan baru ini dikenali sebagai Terompah MASTOR.
Terompah MASTOR dengan variasi ceria dan elegen,Kelasik dipakai, menawan pandangan menghias ruang, mengamit kenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)