Di
Malaysia Terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik, kerana
selipar atau alas kaki yang di perbuat dari kayu ini sangat sinonem
dengan semua masyarakat majmok dan kebanyakkan di Negara ini sejak
ratusan dulu.Masarakat Melayu, Cina, Baba Nyonya, India dan lain2 sangat
mengenali terompah ini sebagai pilihan alas kaki yang murah dan
praktikal.Budaya memakai Terompah di Malaysia ini bermula pada abad ke
17, iaitu sejak Bangsa Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa
Portugis pada tahun 1641.
Pada abad ke 16 (1511),Sewaktu Bangsa Belanda mengadakan hubungan dagang dengan Johor dibeberapa pelabuhan yang menjadi pusat pemerentahan seperti,di Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Tinggi, Kota Batu Sawar, dan Kota Panchor, barang dagangan Belanda bukan sahaja terdiri dari bahan tembikar, tektil, senjata malah Terompah Belanda turut dibawa sebagai barang dagangan.
Pada
masa ini terompah telah menjadi nostalgia pemakaian, yang Cuma tinggal
dalam kenangan disebabkan banyak rekaan dan pilihan bahan yang bolih
diguna sebagai alas kaki.
Di
Johor Malaysia seorang Adiguru Terompah (MASTOR) telah membangun semula
terompah kayu ini melalui sentuhan seni kreatif nya dengan rekabentuk
dan corak pelbagai.Diperbuat dari bahan kayu getah, kayu durian,kayu
jati,kayu pulai dan juga kayu pine yang di import. Rekaan corak pada
permukaan tapak terompah dipenuhi dengan corak pelbagai seperti batik,
bunga. Dedaun tumbuhan dan juga hidupan.Bahan kulit,pvc,fabrik diguna
sebagai penyendal kaki, diatasnya dihiasi aksesori seperti bunga dan
manik dengan warna-warna padanan.
Selain
dipakai untuk kegunaan biasa terompah penghasilan baru ini juga sesuai
digunakan sebagai hadiah cenderahati,kelengkapan dekorasi rumah, ruang
santai dan objek-objek nostalgia yang unik dan menarik.SeniKraf terompah
penghasilan baru ini dikenali sebagai Terompah MASTOR.
Terompah MASTOR dengan variasi ceria dan elegen,Kelasik dipakai, menawan pandangan menghias ruang, mengamit kenangan.
ada tak pembuat terompah di simpang renggam , johor ?
ReplyDeleteAda.Kalau nak datang boleh call dulu :)
Deleteboleh sy dptkan nombor ?
Deleteboleh sy dptkan nombor ?
Deletesimpang rengggam kedai kt area mana?
ReplyDeleteNak cari utk budak2 nya ada tak
ReplyDeleteNak cari utk budak2 nya ada tak
ReplyDeleteKasut budak nya ada dak
ReplyDeletekamon la cmn nk oder online ni blh tgk tp x blh bli hmmm
ReplyDelete