Beliau - En. Giman @ Masuan Bin Wakiran
Di Simpang Rengam,Kluang, Johor, seorang Bangsa Melayu berketurunan Jawa.En Giman @ Masuan Bin wakiran
telah mengusahakan dan membangunkan semula senikraf terompah kayu ini
bagi menghidupkan semula budaya seni dan seri pemakaian terompah
ini.Beliau seorang Adiguru dalam penghasilan seni Kraftangan terompah
sejak beberapa tahun lalu.
Beliau
masih mengekalkan bentuk tradisi terompah tersebut dan ada juga yang
diubah suai mengikut rekabentuk rekaan beliau sendiri, namun masih
mengekalkan konsep penggunaan terompah.
Pelbagai pilihan warna dan variasi
Terompah buatan beliau diperbuat dari bahan kayu tempatan seperti kayu getah, kayu durian, kayu jati, kayu pulai dan kayu pine
yang dimport.Pengeluaran terompahnya agak unik dan kelainan dari
penampilan motif corak yang diterap pada terompah tersebut.Permukaan
tapak terompah dipenuhi dengan motif corak pelbagai, seperti
batik, bunga, dedaun serta hidupan.
Bahan kulit, pvc, fabrik digunakan sebagai penyendal kaki. Diatasnya
dihiasi aksesori seperti bunga dengan warna-warna mengikut padanan
permukaan terompah tersebut. Selain corak-corak diatas yang kebanyakkan
nya berkonsepkan Tradisi Jawa, selain itu ada juga versi terompah yang
dikeluarkan dalam corak bertemakan hobi dan minat pengguna. Seperti
Motosikal Klasik, Skuter,Kereta Klasik, Kereta Antik dan lain-lain.
Cap Dagangan MASTOR
Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah keluaran beliau juga sesuai
digunakan sebagai hantaran perkahwinan,hadiah,cenderhati,kelengkapan dekorasi rumah,ruang
santai dan objek nostalgia yang unik dan menarik. Jenama yang digunakan
untuk barangan senikraf terompah beliau ini ialah menggunakan cap
dagangan MASTOR.
No comments:
Post a Comment